ABOUT



About the owner 
Assalamualaikum dan selamat berkenalan  :) 
Nama diberi adalah Nur Asyiqin  Ramai orang panggil Syiqin , but lagi best kalau panggil Eyqin  Berusia 21 Tahun dan merupakan pelajar di Universiti Teknologi Mara . Bercita-cita untuk menjadi seorang Pakar Kaunseling atau  Seorang Guru Tadika tapi macam tak kesampaian sebab dah sambung kos lain image  Mempunyai hanya dua orang adik beradik dan Eyqin merupakan anak sulung .

Seorang yang berasal dari keluarga sederhana . Ilmu setakat ada ada sahaja . SPM pon tak banyak A sebab datang amek result lambat , habis A orang lain rembat  . Hahaha . Pointer Sem 1 pon kurang memuaskan sebab banyak sangat main . Hahaha . 
Ciri-ciri eyqin ? Seorang yang gemuk , banyak jeragat . Haa tu ciri fizikal lah kann . Eyqin seorang yang agak pendiam . Tak banyak cakap bila rasa tak perlu bercakap . Seorang yang memendam rasa  Lack of confidence also . Sangat kuat loyar buruk bila dengan best friend 

Ramai kawan tetapi tak semua kawan bertugas sebagai kawan . Hahaha . Nurul Fara Adilla dan Nurin Izzati , was the best sahabat ever . In shaa Allah akan bertambah lagi sahabat eyqin . Heeee  Rasanya cukup ni je pengenalan diri tuan empunya blog . Heeeeeee . 

About the blog image
Blog ini tercipta pada tahun 2012 tetapi masih belum bergiat aktif disebabkan tiada kemudahan internet dan laptop dirumah :) Mula bergiat secara aktif pada tahun 2015 . Sebelum ini ada blog juga iaitu http://sportinggirltalking.blogspot.com/ tetapi malangnya telah dihacked ! Hahaha . Ada buktinya dibawah : 


Masa dapat tahu kene hacked tu , Allahu sedihnya . Penat aku kemas blog tu , kumpul follower bagai *masetu batak follower . Berlumba dengan kengkawan . Hahaha . At last kene hacked ! image

Nama blog Stalky Raunchyy ni adalah idea sendiri . Stalky tu merujuk kepada perbuatan STALK orang . Since penulis seorang yang silent reader , yang sangat jarang komen dekat blog lain , penulis menggunakan idea STALK tu sebagai tajuk . Huhu . Raunchy pula hanya penyedap tajuk . Hahaha . Tahu nonsense >< . Hehe .

100% penulisan sendiri . Tiada sebarang unsur negatif , in shaa Allah . Adsense yang berunsur negatif pon sudah diblock :) Blog lebih terarah kepada kehidupan penulis sendiri , luahan rasa dan berkongsi serba sedikit pengetahuan yang dimiliki . 

Sekian , terima kasih :) image








Social Network

Followers